Followers

welcome

 

 

Selamat Datang Ke Yaya Agro Farm

Welcome 2 Yaya Agro Farm

 

 

 

SALE

 

 

BIRI BIRI UTK KORBAN DAN AQIQAH

KAMBING UNTUK KORBAN DAN AQIQAH

 

 

 

mEH kITO sOLAH...

Malaysia is Among The Most Friendly and Hospitable Places in The World

zwani.com myspace graphic comments


zwani.com myspace graphic comments





”Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak, benar-benar terdapat pelajaran yang penting bagi kamu, Kami memberi minum kamu dari air susu yang ada dalam perutnya, dan (juga) pada binatang-binatang ternak itu terdapat faedah yang banyak untuk kamu, dan sebagian daripadanya kamu makan, dan di atas punggung binatang-binatang ternak itu dan (juga) di atas perahu-perahu kamu diangkut”. (QS. Al Mu'minuun, 23:21-22)

18.7.08

Ikan Milang (Ikan Keli)

Masak lomak cili api campur dgn rebung memanggggggggggggggggggg Sodap.......

Kambing

Kenapa 99% Nabi n Rasul memelihara kambing? Nabi Adam as ada pelihara kambing koh?

Friday

Jumaat cuaca all day long mendung,,,,,,,,,

16.7.08

Rabu

hmmmmm ari ni hujan sepanjang hari dari Port Klang hingga lah ke seremban.....

14.7.08

Jangan Main Api

Anak kecil main api, Terbakar hatinya yang sepi, Air mata darah bercampur keringat, Bumi dipijak milik orang. Nenek moyang kaya raya, Tergadai seluruh harta benda, Akibat sengketa sesamalah kita, Cinta lenyap di arus zaman. Indahnya bumi kita ini, Warisan berkurun lamanya, Hasil mengalir ke tangan yang lain, Peribumi merintih sendiri. Kita rumpun bangsa Melayu, Menganut agama yang suci, Semangat bangsa berlandaskan Islam, Teras capai kemerdekaan. Masa depan sungguh kelam, Kan lenyap peristiwa semalam, Tertutuplah hati terkunci mati, Maruah peribadi dah hilang. Dari masa hingga masa Petualang menghancurkan bangsa Alatkan agama demi peribadi Pupus kita di bumi Ilahi Kini kita hanya tinggal kuasa, Yang akan menentukan bangsa, Bersatulah hati, bersama berbakti, Pulih kembali harga diri. Kita sudah tiada masa, Bangunlah dengan gagah perkasa, Janganlah terlalai teruskan usaha, Melayu kan gagah di nusantara

13.7.08

Sunday

Ari ni den anta barang barang anak den kat s.alam.... pastu den terus pulang kko Port Klang umah my num 2.....

12.7.08

INSENTIF PENGELUARAN TERNAKAN

Berita baik buat semua warga penternak.
Kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif pengeluaran ternakan berdasarkan pengeluaran yang dihasilkan bermula 1 jun 2008.
Semua penternak kambing,biri-biri,lembu pedaging integrasi,tradisional,fidlot,lembu tenusu,ayam/itik/puyuh pedaging dan penelur layak memohon insentif tersebut dengan memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Sebagai penternak dan juga setiausaha persatuan adalah lebih sesuai untuk memberi penerangan mengenai ternakan kambing sahaja.

Syarat kelayakan umum adalah seperti berikut:-
i. Warganegara Malaysia
ii. Syarikat yang sekurang-kurangnya 51 % ekuitinya dimiliki oleh warganegara Malaysia
iii. Mempunyai hak pemilikan tapak projek yang sah
iv. Berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar
v. Mempunyai Buku Rekod Ladang ternakan yang mempunyai rekod stok ternakan,
pengeluaran dan jualan ternakan untuk sembelihan
vi. Hasil ternakan adalah untuk daging,susu atau telur
vii. Mempunyai Akaun simpanan Agrobank Malaysia

Standard Operating Procedure (SOP)
Kambing/Biri-biri
a. Penternak mendaftar di Pejabat Veterinar Daerah
b. Pengesahan stok mengikut umur dan reban di buku rekod ladang
c. Sistem tradisional dan intensif
d. Ada rekod pembelian
e. Ada rekod sembelihan dari JPV
f. Tuntutan setipa bulan disokong dengan dokumen

Cara memohon insentif
a. Borang boleh didapati di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah/Negeri juga boleh
dimuat turun dari laman web JPV
b. Mengisi maklumat yang diperlukan dengan betul
c. Menyerahkan kepada Jabatan Daerah/Negeri
d. Penternak akan diberi dengan buku rekod ladang bila pendaftaran diluluskan
e. Penternak perlu membuka akaun dengan Agrobank

Menyelenggara Buku Rekod Ladang/membuat tuntutan insentif/keputusan tuntutan insentif
a. Penternak perlu mengisi segala maklumat yang diperlukan dalam buku rekod ladang dan
menyinpannya dengan baik
b. Penternak perlu memaklumkan kepada JPV 2 minggu sebelum hasil ladang dijual
c. Pegawai JPV akan membuat verifikasi ke atas buku rekod ladang & ladang
d. Tuntutan insentif boleh dibuat sebulan sekali
e. Penternak mendapatkan borang tuntutan di JPV
f. Melengkapkan jumlah hasil yang dijual dalam borang tuntutan selaras dengan buku rekod
ladang
g. Menyerahkan borang tuntutan dan buku rekod ladang kepada JPV Daerah
h. Membenarkan ladang untuk diperiksaoleh pegawai JPV Daerah.

Keputusan tuntutan insentif
a. Insentif akan dimaklumkan oleh pegawai PPV Daerah
b. Penternak boleh menyemak akaun Agrobank untuk mengetahui bayaran insentif telah
dimasukkan kedalam akaun.

Penetapan Katogeri Penternak
a. Kambing/Biri-biri/tahun
saiz pengeluaran > 300 ( komersil )
< 300 ( kecil )

Kadar Insentif/Cara Pengiraan Insentif
a. 1 kg Daging kambing/Biri-biri
0.553 untuk komersil
1.659 untuk kecil

Cara pengiraan insentif
a. Berat hidup x kadar daging x kadar insentif
contoh : 50 kg x 45 % x 0.553 komersil
1.659 kecil

Borang
a. Borang Pendaftaran JPH-INS- 01-6
b. Borang Tuntutan JPH- TN- 01

Makluman Khas
Jabatan Perkhimatan Veterinar tidak melantik mana-mana orang perseorangan atau syarikat
untuk menjadi penasihat/jururunding dalam perlaksanaan program pemberian insentif ini.
Sekiranya warga penternak masih tidak jelas mengenai insentif tersebut boleh berhubung
terus dengan Jabatan Veterinar Daerah/Negeri.


11.7.08

Rebung Laie

Ari ni den poie cari rebung laie,,, alhamdullilah banyak dapek nyo... semalam den  isteri masak ikan milang (keli) dengan rebung,,,, makkkkk oiiii sodap la pulak...

10.7.08

Khamis

Hujan sopanjang hari,,, x leh nak buek kojo... sojok la pulak,,,

9.7.08

Rebung

Ari ni den poie cari rebung,,, semalam den dapat lah sikit tapi ari ni lebih sikit,, make esok atau lusa boleh lahhh isteri den masak lauk rebung campur ikan,, tentu selero makan dgn ulam jering basau,,,,,,

8.7.08

Cagu

Hati den susah,,, sobab nyo anak kambing den kono cagu dan puru... den dah bubuh ubat dan insyaallah sembuh..